Polisi Privasi
Dikemas kini: 08/11/2026. Pengendali: AnnurPro Solutions, Malaysia.
Di mana data disimpan
Laporan, gambar dan fail PDF sekolah disimpan dalam Google Drive akaun admin sekolah itu sendiri, bukan dalam pelayan AnnurPro.
Pada pelayan kami (Cloudflare) kami hanya menyimpan: nama sekolah, pautan sekolah, emel admin, token akses Google admin dalam bentuk tersulit, dan sesi log masuk (emel dan nama paparan) yang tamat selepas 30 hari.
Data pengguna Google
Annur OPR meminta skop openid, email, profile untuk log masuk, dan bagi admin sekolah sahaja skop drive.file. Skop drive.file hanya membenarkan aplikasi membuka fail yang dicipta oleh Annur OPR sendiri; fail lain dalam Drive tidak boleh dibaca.
Penggunaan dan pemindahan maklumat yang diterima daripada Google API mematuhi Google API Services User Data Policy, termasuk keperluan Limited Use. Data tidak dijual, tidak digunakan untuk iklan, dan tidak digunakan untuk melatih model AI.
Pembayaran
Pembayaran langganan diproses oleh penyedia pembayaran (BCL / Bayarcash). Kami tidak menyimpan maklumat kad atau perbankan.
Padam data dan tarik balik akses
Admin sekolah boleh menarik balik akses Annur OPR pada bila-bila masa di myaccount.google.com/permissions. Fail dalam Drive sekolah kekal milik sekolah dan tidak dipadam oleh tindakan ini.
Untuk memadam rekod sekolah daripada pelayan kami, hubungi kami di annurprosolutions@gmail.com.